ANGGOTA bomba bersama agensi lain menanda trek baru Gunung Brinchang.
ANGGOTA bomba bersama agensi lain menanda trek baru Gunung Brinchang.
Muhammad Apendy Issahak


Cameron Highlands: Trek mendaki ke Gunung Brinchang akan ditutup atas faktor keselamatan dan digantikan dengan laluan baru yang lebih mencabar.

Difahamkan, laluan lama gunung berkenaan terpaksa ditutup atas faktor keselamatan berikutan terdapat aset penting negara berhampiran laluan berkenaan yang perlu dilindungi.

Keputusan menutup laluan itu dibuat ketika mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negara pada Januari lalu yang mengambil kira kedudukan menara pemancar dan pencawang pelbagai agensi di kawasan itu.

Laluan baru ke puncak gunung terbabit adalah sepanjang kira-kira tujuh kilometer yang mengambil masa lima hingga tujuh jam masa pendakian serta lebih mudah bagi operasi menyelamat sekiranya berlaku kejadian pendaki sesat atau cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd Haziq Hazmi berkata, susulan keputusan dibuat itu pihaknya, Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Cameron Highlands dan beberapa wakil agensi lain membuat tinjauan laluan baru berkenaan, Selasa lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 6:26 AM