Azizul tebus kekecewaan pada separuh akhir keirin. FOTO HM
Azizul tebus kekecewaan pada separuh akhir keirin. FOTO HM
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang meraih pingat emas acara pecut individu pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India, hari ini.

Pelumba mendapat jolokan The Pocketrocketman mempamerkan dominasi apabila menewaskan pencabar dari Jepun Tomoyuki Kawabata 2-0 pada saingan berlangsung di velodrom Indira Gandhi.

Ia mengulangi kejayaannya memenangi emas dalam acara pecut individu pada 2008, 2009 dan 2014.

Pada saingan separuh akhir, Azizulhasni terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan seorang lagi pelumba Jepun, Yuta Wakimoto dengan keputusan 2-1.

Pemenang gangsa Olimpik Rio itu berjaya menebus kekecewaan terkandas pada separuh akhir acara keirin beberapa hari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 7:09 PM