Pekerja kilang maut dihempap besi selepas tali kren pengangkut barang yang mengikat besi itu terputus dalam kejadian di sebuah kilang aluminium di Kawasan Perusahaan Beranang, pagi tadi. FOTO ihsan pembaca

Mohd Hasbi Sidek

Kajang: Pekerja kilang maut dihempap besi selepas tali kren pengangkut barang yang mengikat besi itu terputus dalam kejadian di sebuah kilang aluminium di Kawasan Perusahaan Beranang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Mokhtar Mansor, 40-an dikatakan sedang melakukan kerja rutin biasa di lokasi sebelum tali pada kren tiba-tiba terputus.

Besi yang diikat pada tali dan sedang diangkat menggunakan kren berkenaan jatuh dan menghempap mangsa.

Beberapa pekerja yang menyedari kejadian cuba membantu sebelum menghubungi pasukan perubatan untuk mendapatkan bantuan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 9:41 PM