TMJ bersalaman dengan Mat Tere. FOTO ihsan FB Johor Southern Tigers


Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, sebentar tadi, sebelum menitahkan supaya polis membebaskan Mat Tere atau nama sebenarnya, Muhammad Zul Apiz Baharom, 29.

Laman sosial Facebook (FB) Johor Southern Tigers (JST) melaporkan, Tunku Ismail turut menitahkan supaya Mat Tere dihantar pulang ke Kelantan.

JST melaporkan bahawa Tunku Ismail percaya Mat Tere tidak bersalah dan digunakan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik.

Baginda mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kelantan kerana menjaga rakyat mereka dengan baik dan menasihatkan supaya berjaga-jaga dengan individu yang mempunyai niat untuk memecahbelahkan rakyat.

Tempoh tahanan reman Mat Tere sepatutnya dilanjutkan selepas mendapat perintah tahanan reman Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada 9 Februari lalu bagi membantu siasatan kes menghina institusi Diraja Johor yang tular di laman sosial FB.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 6:35 PM