MASIH mantap sebagai antara kumpulan muzik popular tanah air.
MASIH mantap sebagai antara kumpulan muzik popular tanah air.

Konsert The Musical Journey Of Zainal Abidin - 35th Anniversary Concert menampilkan Headwind yang akan diadakan pada 25 Februari ini mendapat sambutan luar biasa apabila tiket VIP berharga RM958 habis dijual.

Konsert berkenaan akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) jam 8.30 malam.

Zainal, 58, berkata, 30 peratus pembeli yang membeli tiket itu terdiri daripada peminat dari Singapura dan Brunei.

“Saya bersyukur kerana tiket paling mahal habis dijual. Mungkin 30 tahun lalu, kebanyakan peminat Headwind adalah pelajar dan kini mereka sudah memiliki kerjaya yang baik serta mampu hadir membeli tiket konsert pada harga yang paling mahal.

“Namun, saya hairan juga kerana ada juga peminat dalam kalangan generasi muda turut membeli tiket konsert kami,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 5:35 AM