Pokok pisang batu yang mempunyai dua jantung pada satu tandan. - Foto AZAHAR HASHIM.
Pokok pisang batu yang mempunyai dua jantung pada satu tandan. - Foto AZAHAR HASHIM.
Azahar Hashim


Kulim: Pisang berbuah dua kali sudah biasa kita dengar, namun kali ini pisang batu yang ditanam seorang juruteknik kilang mengeluarkan dua jantung pisang pada satu tandan.

Azhar Harun, 47, berkata, dia menyedari pokok pisang yang ditanamnya di halaman surau di Taman Cempaka, di sini, mempunyai dua jantung pada satu tandan dua minggu lalu, selepas diberitahu jirannya.

Katanya, pisang batu itu berbeza berbanding pisang lain kerana pertama kali dalam hidupnya melihat pisang mempunyai dua jantung pada satu tandan.

"Saya minat berkebun dan pada hujung minggu, melakukan aktiviti berkebun di sekitar halaman surau ini.

"Pelbagai tanaman buah-buahan dan juga tanaman herba seperti pokok durian, pisang, kunyit dan daun kari ditanam untuk dapat dikongsi semua,” katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 2:33 PM
Kabinet Malaysia 2020