ANTARA makmal dadah yang diserbu. FOTO ihsan Polis
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) membongkar kegiatan makmal dadah di Kajang, Rawang dan Mont Kiara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil serbuan di tiga lokasi itu, polis merampas lebih 12 kilogram dadah jenis syabu.

Katanya, pihaknya turut menahan enam individu di premis berkenaan untuk membantu siasatan selanjutnya.

"Syabas STING @PDRMsia dalam serbuan di Kajang, Rawang dan Mont Kiara, bongkar makmal proses Syabu.

"Tangkap enam orang dan rampas lebih 12 kilogram syabu. #GoPDRmGo," dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman twitternya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 11:58 PM