X
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Tiga penunggang teksi motosikal Dego Ride ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi penyamaran, petang semalam.

Pengarah Penguat Kuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata, dua penunggang ditahan di Kuala Lumpur manakala seorang lagi di Selangor.

"Ketiga-tiga lelaki terbabit berusia lingkungan 30 tahun disaman pihak berkuasa dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya tadi.

Valluvan berkata, tiga penunggang terbabit ditahan selepas anggota JPJ menyamar sebagai penumpang Dego Ride.

"Kita hubungi mereka menerusi aplikasi Dego Ride dan anggota menunggu di lokasi yang dimaklumkan dan menaiki motosikal terbabit, membuat bayaran sebelum menahan lelaki berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 5:11 PM