STERLING (kanan) ledak dua gol.
STERLING (kanan) ledak dua gol.
AFP

Bournemouth, England: Pep Guardiola enggan bercakap mengenai peluang pasukannya merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris sekalipun tiga kemenangan berturut-turut melonjakkan Manchester City lapan mata di belakang pendahulu Chelsea.

Kemenangan 2-0 di Bournemouth awal pagi semalam menyaksikan City mengatasi tiga pasukan dan melonjak ke tangga kedua selepas satu gol dalam setiap babak cukup menamatkan cabaran Bournemotuh di Stadium Vitality.

Namun Guardiola mengakui beliau tidak mampu membayangkan Chelsea boleh mensia-siakan kelebihan besar itu dalam baki 13 perlawanan musim ini.

“Ia terlalu sukar kerana mereka perlu kalah tiga perlawanan dan anda perlu menang semua perlawanan dan anda sedar bagaimana sukarnya memenangi semua perlawanan dalam Liga Perdana,” ujar Guardiola.

“Sebelum perlawanan hari ini kami di tangga keenam dan selepas perlawanan kami di tangga kedua.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 7:13 AM