Othman menabur bunga di pusara bapanya. FOTO Rosli Ilham
Othman menabur bunga di pusara bapanya. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Jenazah Mamat Abdullah, bapa kepada Pengarang Eksekutif (Pengeluaran/BPI) Harian Metro, Othman Mamat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Dungun 11 pagi hari ini.

Allahyarham sebelum itu dimandi dan dikafankan di rumahnya di Jalan Nibong Stesen sebelum dibawa ke Surau Ustaz Omar untuk solat jenazah.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli mengimamkan solat jenazah dan turut dihadiri Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Sura, Wan Apandi Wan Nik.

Jenazah dibawa ke tanah perkuburan sambil diiringi 200 ahli keluarga terdekat dan kenalan.

Allahyarham Mamat, 94, yang tinggal bersama anak perempuannya, Ramlah, 62, meninggal dunia 6 petang semalam di rumahnya akibat sakit tua.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 3:08 PM