Norehan menjaga anaknya bersendirian sejak suami menghilangkan diri. FOTO Mary Victoria Dass
Mary Victoria Dass


Pasir Gudang: Seorang ibu, Norehan Mohd Noor, 24, mengharapkan ihsan orang ramai bagi menyara anak tunggal, Tuan Nur Hakimi Abdul 'Aziz, 5, yang menghidap penyakit lebihan cecair di kepala di Taman Kota Masai, di sini.

Norehan berkata, Tuan Nur Hakimi yang terlantar sejak dilahirkan bergantung kepada susu khas disyorkan doktor selain masih menggunakan lampin pakai buang.

Menurutnya, bagi tujuan membeli barangan berkenaan, dia perlu menyediakan wang kira-kira RM1,000 pada setiap bulan.

"Suami menghilangkan diri sejak 29 September 2016 selepas timbul perselisihan faham antara kami. Sepanjang tempoh itu, saya menjaga anak kami.

"Saya masih belum mendapat bantuan daripada jabatan berkaitan kerana tidak mengetahui salurannya, saya terpaksa mengharapkan ihsan keluarga dan kenalan," katanya yang melaporkan kehilangan suami di Balai Polis Taman Pasir Putih pada 13 Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 3:32 PM