Rumah kongsi pekerja kilang di Batu 4, Jalan Apas, Tawau, yang musnah terbakar. - Foto Ihsan Bomba
Norasikin Daineh


Tawau: Dua baris rumah kongsi di Batu 4, Jalan Apas, di sini, yang didiami pekerja kilang papan, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Agmad Faisal berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 11.07 malam dan 24 anggota dengan empat jentera di kejar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sembilan pintu rumah yang musnah sepenuhnya.

“Api berjaya dikawal pada 11.38 malam dan operasi ditamatkan pada 2.41 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Faisal, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 7:56 AM