Kebakaran kilang memproses dan kitar semula minyak
Kebakaran kilang memproses dan kitar semula minyak
Izlaily Nurul Ain Hussein


Pasir Gudang: Sebuah kilang memproses dan mengitar semula minyak di Jalan Meil, Off Keluli 9 di sini, terbakar hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Johor Bahru, Hamid Suari berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.21 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, BBP Johor Jaya turut memberi bantuan dalam operasi sebelum kebakaran dapat dikawal pada 9.40 pagi.

"Kebakaran membabitkan bangunan kilang yang terbakar sehingga 90 peratus.

"Operasi pemadaman turut dilakukan menggunakan buih dan api sudah berjaya dipadamkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2017 @ 1:15 PM