TIADA istilah kecewa malah tidak serik untuk bercinta lagi.
TIADA istilah kecewa malah tidak serik untuk bercinta lagi.
Sudirman Mohd Tahir


Hampir enam tahun menyulam kasih dengan lelaki pilihan hati, pelakon cantik Reen Rahim akur semuanya sudah berakhir.

Tidak seperti mana judul filem terbarunya, Soulmate Hingga Jannah, Reen, 29, akui tiada lagi soulmate dalam hidupnya ketika ini namun segala yang indah dulu tetap abadi dalam sangkar hatinya.

Reen bertuah kerana sepanjang tempoh bersama itu, dia dikasihi insan berkenaan yang cukup memahami.

Masakan tidak, mereka mula berkenalan sebelum Reen menyertai program realiti Pilih Kasih 3 (PK 3) lagi.

Bagaimanapun, kekecewaan itu tidak bermaksud Reen serik untuk bercinta lagi. Cuma dia mahu memberi masa kepada diri sendiri mencari cinta abadi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 8:59 AM