IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Port Dickson: Sepuluh kayak musnah manakala dua belas lagi dapat diselamatkan dalam kebakaran dekat hotel di Batu 10, Telok Kemang, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar, berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.34 pagi.

Katanya, lapan anggota ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba 11 minit kemudian, api dilihat marak membakar kayak itu menyebabkan kerja pemadaman dilakukan segera.

"Kita (bomba) dapat menyelamatkan 12 kayak. Tapi, 10 lagi terbakar 100 peratus. Sehingga ini, punca sebenar kejadian masih disiasat," katanya.

Menurutnya, pihaknya difahamkan kayak itu milik persendirian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 2:05 PM