INTAN, Fahmy berhasrat kumpul wang, aset sebelum fikir soal jodoh.
Norhayati Nordin


Meskipun kemunculan pelakon Intan Najuwa, 20, dan Fahmy Reza, 27, masih terlalu hijau, mereka ternyata ada bakat.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid berjaya dengan taruhan drama pertama lakonannya, Hantu Punya Bos baru-baru ini. Fahmy atau Sheikh Zulfahmy Reza Sheikh Ab Ghani pula jadi perhatian menerusi drama Dia Semanis Honey, tahun lalu. Melakonkan watak antagonis sebagai Naqib iaitu abang Bella, lakonan Fahmy tidak menghampakan.

Namun, dua bakat baru meningkat naik ini enggan terkait dengan episod cinta lokasi.

Kata Intan, dia minat menjadi pelakon kerana selesa berdikari dan mahu mencari duit poket sendiri.

“Saya kalau boleh tidak mahu terjebak dengan gosip dan cerita sensasi terutama cinta lokasi. Saya berlakon kerana minat dan jadi sumber pendapatan. Harap kehadiran saya diterima baik,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 5:03 AM