Mohd Hafizee Mohd Arop


Cameron Highlands: Norfatin Sulaiman, 29, yang hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Irau, Cameron Highlands, ditemui dalam keadaan selamat jam 2.15 petang tadi selepas 44 jam dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, mangsa ditemui oleh kumpulan mencari dan menyelamat di satu anak sungai.

Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun dipercayai berada dalam keadaan lemah.

"Operasi membawa keluar mangsa sedang dijalankan dan berkemungkinan mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke kaki Gunung Irau," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Norfatin hilang ketika mendaki bersama kira-kira 47 pendaki yang dibahagikan kepada lima kumpulan.

Dia dipercayai hilang ketika turun dari 'check point' Pisang dan kali terakhir dilihat berada di 'check point’ Mini Irau.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 3:32 PM
Digital NSTP Subscribe