Hendrawan ketuai projek khas bantu Datuk Lee Chong Wei menjelang Kejohanan Dunia di Glasgow Ogos ini.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menubuhkan satu projek khas yang akan diketuai oleh jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan.

Projek Khas ini akan berurusan terus dengan C&T tanpa perlu melalui Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen dan bermatlamat untuk membantu Datuk Lee Chong Wei menjelang Kejohanan Dunia di Glasgow Ogos ini.

Selain Hendrawan turut berada dalam projek khas ialah seorang lagi jurulatih perseorangan lelaki, Tey Seu Bock bersama lima pemain lain, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi, Soong Joo Ven dan Lim Chi Wing.

Hendrawan juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa C&T dan akan membentangkan segala laporan mengenai projek khas itu dari masa ke semasa sehingga Kejohanan Dunia serta membabitkan beberapa kejohanan lain sebelum itu.

Frost pula menerima dengan hati terbuka keputusan ini dan mengakui ia juga sebahagian daripada pandangan serta cadangannya, serta menjalankan tugas pengarah teknikal seperti biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 5:34 PM