FEDERER (kiri) dan  pemain Czech Tomas Berdych selepas sidang media di Prague.
FEDERER (kiri) dan pemain Czech Tomas Berdych selepas sidang media di Prague.
AFP

Prague: Roger Federer mendedahkan dia mahu bergabung tenaga dalam acara beregu dengan musuhnya Rafael Nadal pada kejohanan sulung Piala Laver tahun ini.

Pemain legenda Switzerland itu membuat pengakuan berkenaan pada majlis pengenalan kejohanan baru itu yang dijadualkan di Prague, September ini yang mana pasukan Eropah diketuai Bjorn Borg menentang pasukan pilihan dunia diketuai John McEnroe.

Federer, yang menewaskan Nadal pada final Terbuka Australia bulan lalu, mengakui kelmarin: “Saya seringkali mahu bermain dengan Rafa... hanya kerana permusuhan kami amat istimewa.”

Tambahan baru kejohanan dalam kalendar tenis itu dinamakan sempena Rod Laver, pemain lelaki terakhir meraih gelaran Grand Slam dalam kalendar sama pada 1969.

“Rod Laver mahukan kami mewakili benua kami dengan kebanggaan dan mempamerkan aksi terbaik serta menang untuk rakan sepasukan. Kami akan bermain dengan keupayaan terbaik,” Federer, 35, memberitahu pelancaran media di Prague.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 5:29 AM