TAY Kiang Heong dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen, hari ini. FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Bekas peguam dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap pertuduhan mencabul seorang wanita, dua tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Tay Kiang Heong, 49, yang didapati bersalah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan ke atas Yeap Woan Tyng, 34, dengan niat untuk mencabul kehormatannya di kedai di Jalan Hamzah, 9.30 malam, 15 Julai 2015.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripadanya.

Terdahulu, peguam bela, Ridzuan Muhamad memohon supaya mahkamah memberi denda minimum memandangkan tertuduh pernah memberi sumbangan ketika menjadi peguam.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad memohon hukuman berat dan setimpal untuk memberi pengajaran kerana kesalahan cabul semakin berleluasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 3:18 PM