Nazim dan Bella ketika perkahwinan mereka di  Johor Bahru September lalu. FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN
Nazim dan Bella ketika perkahwinan mereka di Johor Bahru September lalu. FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN
Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: "Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami.

"Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja."

Itu kata pelakon Nazim Othman berhubung dakwaan perkahwinannya bersama pelakon Bella Dally berantakan.

Kenyataan pelakon drama Lara Aishah itu juga sekali gus menafikan desas-desus yang tersebar sejak petang tadi.

"Dari dahulu lagi saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama.

"Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu sebuah blog menyiarkan perkahwinan Nazim dan Bella dikatakan berantakan selepas Bella memadam gambar Nazim di laman Instagram miliknya.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September lalu di Kota Kinabalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 9:48 PM