LALUAN cipta nama bukan mudah tapi tak toleh belakang selepas jayakan drama Inikah Cinta.
LALUAN cipta nama bukan mudah tapi tak toleh belakang selepas jayakan drama Inikah Cinta.
Ridzuan Abdul Rahman


Ingin dikenali sebagai Fawa Nabila dan bukan lagi Farah Nabila.

Itulah tekad pelakon cantik dan berbakat berusia 25 tahun yang kini muncul menerusi drama bersiri Papa Ricky.

Fawa yang mula dikenali menerusi drama Inikah Cinta bergandingan dengan Nizam Zaidi di slot Dahlia TV3 pada awal 2016 menjelaskan dia mempunyai sebab berbuat demikian. Rasanya terlalu ramai pelakon bernama Farah sekarang hingga ada peminat yang terkeliru.

“Ketika bergelar pelajar dulu, ada seorang rakan saya yang pelat dan susah untuk memanggil dengan nama Fara. Dia selalunya menyebut Fawa dan saya rasakan panggilan ini menarik dan sesuai digunakan sebagai nama komersial,” katanya.

Kecantikan Fawa sememangnya diakui ramai dan terserlah menerusi penampilannya dalam Papa Ricky. Bagaimanapun, itu tidak menjanjikan laluan mudah untuk dia mencipta nama kerana perlu menanti sehingga tujuh tahun untuk dikenali peminat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 5:18 AM