Mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala. FOTO ihsan pembaca
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Seorang pelajar kolej vokasional maut selepas motosikal ditunggang melanggar pokok di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Sungai Petai, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Muhammad Ziyad Ibrahim, 18, yang menunggang Yamaha 15R meninggal di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menghala ke arah Rembia gagal mengawal motosikalnya sebaik melalui jalan berselekoh.

"Akibat hilang kawalan, motosikal mangsa melanggar pokok di pembahagi jalan. Mangsa disahkan meninggal oleh pasukan perubatan akibat parah di kepala," katanya.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 7:22 PM