Abdul Rahim maut dilanggar komuter. FOTO ihsan bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Petaling Jaya: Lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas dilanggar komuter di Stesen Komuter Kampung Datuk Harun, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Abdul Rahim Osman,75 meninggal dunia di tempat kejadian dengan kaki kanannya putus.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis bantuan Keretapi Tanah Melayu (KTM) memaklumkan kejadian itu.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa dari landasan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dipercayai tercampak kira-kira dua meter dari landasan,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 10:44 PM