Liverpool: Pemilik Liverpool dari Amerika Syarikat memberitahu penyokong mereka teruja dengan persembahan terkini pasukan itu.

Pengurus Brendan Rodgers dipantau akhir-akhir ini selepas pasukannya menghuni tangga ke-11 Liga Perdana dan tersingkir pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Namun kemenangan liga berturut-turut melonjakkan mereka ke tangga kelapan, lima mata di belakang pasukan tangga keempat Southampton.

“Kami gembira melihat petanda positif ketika pemain baru mula menyesuaikan diri,” kata Pengerusi Tom Werner.

Liverpool berpeluang memburu kejuaraan Liga Perdana musim lalu sebelum berakhir sebagai naib juara, dua mata di belakang juara Manchester City.

“Banyak yang boleh diraikan ketika musim penuh kenangan berakhir Mei lalu,” tulis Werner dan John Henry dalam laman web kelab itu.

“Ketika kami tidak meraih impian utama memenangi Liga Perdana, corak permainan kami mencuri tumpuan dunia dengan gaya menyerang dan menjaringkan 101 gol.”

Selepas pemergian bintang serangan Luis Suarez ke Barcelona Julai lalu, Liverpool merekrut beberapa pemain pada musim panas termasuk trio Southampton, Rickie Lambert, Adam Lallana dan Dejan Lovren, pemain sayap Benfica, Lazar Markovic serta penyerang kontroversi Mario Balotelli. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 7:38 AM