CHONG WEI jalani MRI petang semalam.
CHONG WEI jalani MRI petang semalam.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Lawrence Chew memberi bayangan awal Datuk Lee Chong Wei boleh beraksi pada kejohanan Seluruh England.

Menurut Hendrawan, Chong Wei menjalani ujian imbasan Imej Resonan Magnetik (MRI) petang semalam dan segala maklumat serta keputusan akan dibawa oleh fisiologi BAM, Sandra Fiedler dalam satu mesyuarat hari ini.

“Selepas mendapat segala laporan dan maklum balas daripada Sandra, barulah kami membuat keputusan sama ada Chong Wei akan beraksi di Seluruh England atau tidak,” katanya kepada media semalam.

Jelasnya, selepas sesi latihan perseorangan lelaki tamat pagi ini, beliau akan berjumpa dengan media dan memaklumkan keputusan Chong Wei mengenai status ke Seluruh England.

“Selepas imbasan MRI dan mendapat laporan daripada Sandra kami akan mengumumkan kepada semua (media) esok (hari ini),” katanya selepas mesyuarat Projek Khas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 6:07 AM