Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menandatangani plak perasmian Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Kampar. Turut sama, Zambry (kanan) dan Abdul Puhat (dua kiri). FOTO Muhaizan Yahya
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menandatangani plak perasmian Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Kampar. Turut sama, Zambry (kanan) dan Abdul Puhat (dua kiri). FOTO Muhaizan Yahya
Wan Asrudi Wan Hasan


Kampar: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Kampar, di sini, hari ini.

Sultan Nazrin melakukan lafaz perasmian pada majlis sederhana dan penuh makna di pentas utama disaksikan kira-kira 1,000 tetamu berhampiran bangunan bernilai RM6.9 juta yang siap sepenuhnya pada Disember 2004.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut berkenan berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Puan Besar Perak, Raja Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Sementara itu, Nolee Ashilin dalam ucapannya berkata, kewujudan bangunan tiga tingkat itu memperlengkapkan lagi jentera pentadbiran daerah dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 1:14 PM