GAMBAR hiasan
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Lelaki ditahan polis, semalam dipercayai mencabul cucu tirinya di rumahnya di sini, 14 Februari lalu.

Suspek ditahan di hadapan kedai pada 6.30 petang selepas polis menerima laporan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, kejadian disedari apabila mangsa mengalami kesakitan di bahagian kemaluan lalu mangsa mengadu kepada ibunya.

Menurutnya, ibu mangsa kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan kemerahan pada kemaluan mangsa.

"Mangsa kemudiannya mendakwa datuk tirinya mencabulnya sebelum ini mengakibatkan ibu mangsa membuat laporan polis," katanya.

Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 1:33 PM