Hans dan Gabriella. FOTO HM
Hans dan Gabriella. FOTO HM
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Penerbit dan pengarah Datuk Hans Issac menjelaskan bakal isterinya Aileen Gabriella Robinson bukan kekasih kepada lelaki yang dikenali sebagai Robin Coenraad.

Hans berkata, hubungan bakal isterinya dengan lelaki itu sudah lama berakhir. Malah tindakan lelaki itu dianggap seorang yang tidak tahu menghormati orang lain.

"Hubungan mereka sudah pun berakhir bertahun lamanya malah tindakan lelaki berkenaan seolah oleh ingin menjatuhkan maruah wanita yang bakal menjadi isteri saya di laman sosial.

"Apa dia lakukan itu juga tidak lebih daripada sekadar ingin meraih perhatian. Dia perlukan kehidupan. Jadi saya kasihan dengan dia sebenarnya," tulis Hans di Facebook dan Instagram.

Menerusi status sama, Hans mahu peminat berkongsi rasa gembira berkenaan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 29 Julai ini.

Terdahulu seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah kekasih kepada Gabriella iaitu wanita yang bakal berkahwin dengan Hans.

Robin Coenraard juga mendakwa dia dan wanita itu masih bersama ketika Hans melamar Gabriella sebulan lalu.

Perkara itu dikongsi Robin sehari selepas Hans mengadakan sidang media dengan memperkenalkan bakal isterinya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 5:08 PM