WINGS yang kini dianggotai Awie, Black dan Eddie berhasrat membantu Yazit.
WINGS yang kini dianggotai Awie, Black dan Eddie berhasrat membantu Yazit.
SEBAHAGIAN daripada artis yang akan membuat persembahan nanti.
SEBAHAGIAN daripada artis yang akan membuat persembahan nanti.

Tangisan panjang daripada penyanyi Sahara Yaacob sebaik menonton video montaj pembukaan sidang media Konsert Wings & SuperFriends - ‘Belenggu Irama’ di Istana Budaya, kelmarin sudah cukup membayangkan penderitaan insan seni yang mengharungi hari-hari tua dengan penuh kepayahan.

Sidang media itu juga agak istimewa apabila menampilkan ramai barisan bintang dalam industri muzik tanah air seperti Datuk M Nasir, Datuk Ramli Sarip, Datuk Nash, Datuk Hattan, Ito Blues Gang, Sahara Yaacob, Beto Kusyairy dan bekas pemain dram Search, Yazit Ahmad.

Konsert anjuran Awie Entertainment Sdn Bhd ini bakal menggegarkan Istana Budaya pada 6 hingga 9 April depan.

Objektif konsert yang berdurasi selama dua jam ialah untuk membantu Yazit serta memperjuangkan nasib insan seni tanah air yang sering dipinggirkan pada hujung karier mereka.

Datuk Awie selaku pencetus idea dan pengarah pentas berkata, Konsert Wings & Superfriends - ‘Belenggu Irama’ bertujuan mendidik masyarakat untuk berhibur sambil menderma.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 5:02 AM