OPERASI menyelamat 13 penduduk dilakukan anggota bomba dan JPAM. FOTO ihsan JPAM
OPERASI menyelamat 13 penduduk dilakukan anggota bomba dan JPAM. FOTO ihsan JPAM
OPERASI menyelamat 13 penduduk dilakukan anggota bomba dan JPAM. FOTO ihsan JPAM
Oleh Norasikin Daineh


Tawau: Seramai 13 penduduk diselamatkan pasukan bomba dan dipindahkanke tempat selamat selepas rumah mereka dinaiki air berikutan banjir yang melanda di Kampung Sungai Gading Wakuba, awal pagi tadi.

Difahamkan banjir berlaku disebabkan hujan yang turun sejak semalam menyebabkan air dari sungai di kampung berkenaan melimpah keluar membanjiri kawasan terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Affendy K Ramin berkata, khidmat kemanusiaan menyelamat mangsa banjir dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.16 pagi.

"Laporan awal, seramai 13 mangsa daripada dua keluarga terpaksa diselamatkan dan berpindah ke kawasan selamat.

"Pasukan bomba dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang melakukan operasi menyelamat dan pemantauan di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, tinjauanHarian Metro mendapati laluan keluar dari kampung berkenaan terjejas dan tidak boleh digunakan untuk kenderaan kecil.

Manakala beberapa penduduk sedang bersiap sedia untuk berpindah sekiranya air semakin naik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 1:53 PM