Oleh Shahrul Nizam Mohamad


Kuala Lipis : Dua beradik maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori di Kilometer 52, Japan Lipis-Merapoh, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, mangsa Mohd Hanif Mustafa, 30, dan adiknya, Mohd Affandi, 29, berasal dari Tanah Merah, Kelantan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menghala ke Merapoh dari Lipis sebelum kereta dipandu Mohd Haniff terbabas di laluan selekoh.

"Pada masa sama, kereta mangsa kemudian bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa tersepit sebelum dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Lipis," katanya ketika dihubungi, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 3:19 PM