Bangkok (Thailand): Rakyat Malaysia ditemui mati di dalam biliknya di Phuket, semalam, dengan polis tempatan mengesyaki penggunaan alkohol secara berlebihan sebagai punca kematiannya.

Ketua Polis Patong, Lt Kol Jongserm Preecha memberitahu media tempatan, hari ini, lelaki dikenali sebagai Lee Tzu Yuen, 38, dan menginap di rumah tumpangan di Soi San Sabai.

Menurutnya, tiada tanda pergelutan atau bilik itu digeledah.

“Pekerja rumah tumpangan itu mengetuk pintu bilik mangsa beberapa kali untuk mengemasnya pada kira-kira 2 petang semalam.

“Tapi, tiada jawapan sebelum meminta bantuan pihak pengurusan bagi membuka bilik itu,” katanya.

Sebaik pintu dibuka, pihak pengurusan menemui mayat mangsa dalam keadaan bogel.

Jongserm berkata, Kedutaan Malaysia di Thailand sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Patong untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2017 @ 2:15 PM