Oleh Suliati Asri

Bumi Australia menjanjikan sesuatu yang cukup mempesona buat pelancong.

Selain perjalanan sepanjang pantai dan pengembaraan di kawasan pedalaman, memandu sendiri antara cara terbaik menghayati keindahan panorama di Australia.

Anda berpeluang melihat Australia dengan lebih dekat dan ia pasti membuatkan anda teruja.

Ini kerana, dari perjalanan darat hingga percutian pandu sendiri dan pengembaraan pacuan empat roda, perjalanan darat Australia meliputi setiap jalan dan menawarkan landskap memukau.

Jika mahu memandu sendiri di Australia, anda boleh mencuba di laluan Pelancongan Pacific Coast dari Sydney ke Cairns di kawasan pinggir laut timur atau Pemanduan Lautan Hindi dari Perth ke Geraldton dikawasan pinggir laut barat.

Kawasan sepanjang pantai Australia itu mempunyai pemandangan menakjubkan.

Lingkaran Australia selatan dari Adelaide ke Borassa Valley dan Kanggaroo Island juga laluan menarik, malah anda boleh berehat seketika di beberapa pantai selatan Australia antara pantai Sydney ke Melbourne atau dari Melbourne ke Adelaide.

Mahukan sesuatu yang lebih mencabar? Mulakan pengembaraan pacuan empat roda anda di kawasan pedalaman Kimberley, Australia Barat di Gibb River Road atau ikut jejak pemandu dari Adelaide ke Darwin di Explorers Highway.

Jika mahukan sesuatu lebih ekstrem, lawati Red Centre Australia dan pandu di Red Centre Way dari Alice Springs ke Uluru-Kata Tjuta National Park.

Dari Darwin, ikut Nature's Way ke Kakadu dan Litchfield National Parks untuk melihat keindahan alam semula jadi, kawasan berpaya dan gunung-ganang.

East Coast Escape atau Circle Tasmania juga memiliki laluan menarik dengan dengan jalan raya indah.

Walaupun jalan raya di Australia lebar dan luas, anda perlu bersedia untuk memandu jarak yang jauh, mengikut peraturan jalan raya, laluan pacuan empat roda dan jalan pedalaman.

Layari laman web www.malaysiaairlines.com untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:29 AM