X
STEFANO Pioli. FOTO AFP
STEFANO Pioli. FOTO AFP
AFP

Milan: Jurulatih Inter Milan Stefano Pioli (gambar) menafikan laporan yang menyebut kelab itu sedang mencari penggantinya tetapi pada masa sama mengaku impian mereka untuk kembali bersaing di Liga Juara-Juara musim depan agak sukar.

Pioli yang menggantikan jurulatih Belanda Frank De Boer yang dipecat November lalu, pantas menafikan laporan yang mengatakan pemilik Inter dari China Suning sudah membuat tawaran kepada pengurus Chelsea Antonio Conte untuk mengendalikan kelab mereka.

Tetapi Pioli yang juga bekas pengurus Lazio itu berkata: “Wartawan memang luar biasa. Anda bercakap dan menulis mengenai jurulatih lain, kemudian anda tanya kedudukan saya!

“Untuk pengetahuan anda, saya tetap seperti biasa... tenang.”

Suning dikatakan terdesak untuk melihat Inter – pemenang terakhir Liga Juara-Juara dari Serie A - kembali ke saingan utama Eropah buat kali pertama sejak 2012.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 5:47 AM