Park In Bee bersama trofi kemenangan. FOTO AFP
AFP

Singapura: Pemain wanita Korea Selatan Park In-Bee mempamer aksi masterclass untuk menjuarai LPGA Juara Juara Wanita apabila pendahulu semalaman Michelle Wie mensia siakan peluang selepas melakukan empat pukulan yang mencatat double bogey.

Park beraksi cemerlang pada pusingan final lapan di bawah par 64 untuk menamatkan saingan 19-di bawah par 269 sekaligus meraih gelaran pertama sejak memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Rio tahun lalu.

Ariya Jutanugarn dari Thailand berada di tempat kedua dengan 18 di bawah par selepas memamatkan 66 sementara bintang Korea Selatan sedang meningkat Park Sung-Hyun ketiga dengan 16-di bawah par selepas pusingan final 68.

Michelle mendahului dengan dua pukulan selepas membuat birdie pada lubang ketiga dan keempat tetapi kehilangan tempat selaku pendahulu carta selepas merakam empat pukulan putt dari jarak 12f kaki untuk mencatat double-bogey 7 pada par ke-5.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 4:55 PM