FATHIA Latiff. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my


Memilih menjadi artis popular menuntut kesabaran yang tinggi buat pelakon Fathia Latiff.

Berdepan kisah putus cinta dengan pelakon Aiman Hakim dan kemudian kontroversi memperlekeh tugas pramugari, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Nur Kasih dan Ariana Rose ini mendapat perhatian banyak pihak.

Bagaimanapun, Fathia, 30, mengambil langkah mendiamkan diri dan akhirnya cerita panas itu senyap dengan sendirinya.

“Saya belajar menempuh pelbagai pengalaman dalam hidup dengan terus beristiqamah dan perlahan-lahan buat perubahan.

“Kata orang segala-galanya perlu dibuat secara ‘slow and steady’ dan cara ini terbukti bagus. Manusia cepat menjatuhkan hukuman tetapi Allah bagi ruang untuk saya berubah dan terus berubah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 6:33 AM