MURRAY (tengah) puas bersama trofi dimenangi.
AFP

Dubai: Andy Murray meraih gelaran pertama tahun ini dan yang ke-45 sepanjang kariernya apabila mengatasi pemain Sepanyol Fernando Verdasco 6-3, 6-2 untuk menjuarai Kejohanan Tenis Dubai semalam.

Murray, pemain nombor satu dunia, menjulang gelaran itu buat kali pertama sejak tewas pada perlawanan akhir lima tahun lalu kepada Roger Federer.

Pemain Scotland itu menamatkan misinya dalam tempoh 73 minit menerusi satu daripada tiga mata perlawanan dan servis kemenangan yang gagal dipatahkan.

“Seronok apabila akhirnya dapat menang di sini,” kata pilihan utama itu. Rasa hebat dapat menjulang trofi ini buat kali pertama.

“Saya bermain dengan baik hari ini. Permulaan saya agak perlahan tapi sepanjang minggu ini perlawanan berlanjutan hingga lewat malam. Sebaik saya bermula, saya bermain dengan baik dan menamatkannya dengan kemenangan.”

Murray memperbaiki rekodnya ke atas Verdasco, pemain kidal di ranking ke-35 dunia kepada 13 kemenangan dan satu kekalahan.

Dia bermain pada final kedua tahun ini selepas tewas kepada Novak Djokovic di Doha Januari lalu.

Murray kini membuat penerbangan jauh ke Los Angeles bersiap sedia untuk permulaan kempen Masters Indian Wells.

Kemenangan Murray semalam membolehkannya menjadi juara pertama Britain sepanjang sejarah kejohanan Dubai selama 25 tahun.

Dia beraksi dalam final kelima dalam lapan kejohanan dan final ke-14 dalam 16 kejohanan disertai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 8:39 AM