Bomba sedang memotong cincin di jari manis tangan kanan mangsa. FOTO ihsan bomba
Bomba sedang memotong cincin di jari manis tangan kanan mangsa. FOTO ihsan bomba
Farah Suhaidah Othman


Batu Gajah: Seorang wanita warga emas menahan sakit hampir satu jam selepas dua cincin tersekat di jari manis sebelum datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah untuk mendapatkan bantuan, 1 tengah hari tadi.

Ketua BBP Batu Gajah Halid Md Zin berkata, wanita berusia lingkungan 70 tahun itu datang sendiri ke balai dan meminta anggota bomba memotong dua cincin yang tersekat di jari manis tangan kanan.

Katanya, anggota menggunakan alat pemotong khas untuk memotong cincin berkenaan.

"Operasi mengambil masa setengah jam sebelum ia berjaya dipotong.

"Mangsa mengalami bengkak di bahagian jari dan mendapatkan rawatan susulan," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 5:16 PM