Ekhwan Haque Fazlul Haque


Tatau: Seramai 37 lelaki warganegara Korea Utara ditahan Jabatan Imigresen kerana salah guna pas lawatan sosial dan tinggal lebih masa di Kuala Tatau, di sini, hari ini.

Semua warga asing itu ditahan dalam operasi di tapak pembinaan bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Sumber berkata, ketika ditahan semua warga asing itu gagal mengemukakan pasport kerana di simpan majikan mereka.

"Pihak berkuasa sudah menghubungi majikan mereka untuk menyerahkan dokumen berkaitan dan pasport untuk pengesahan Jabatan Imigresen.

"Semua mereka kini ditahan di pejabat Jabatan Imigresen Bintulu untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2017 @ 9:10 PM