PAXLI menenangkan kerbau denak yang digunakan untuk menangkap kerbau liar.
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Nerus: Melihat saiz tubuhnya, siapa sangka pemuda kurus dari Kampung Lingai, Batu Rakit itu rupa-rupanya sangat mahir menangkap kerbau liar menggunakan cara tradisional.

Malah, kebolehannya dianggap luar biasa kerana khidmatnya bukan hanya ditagih penternak kerbau di Terengganu, malah sehingga negeri lain.

Risiko ditanduk sehingga parah malah boleh mengancam nyawa dianggap asam garam bagi Razali Mat Ghani, 29, yang mewarisi kemahiran itu daripada penangkap kerbau berpengalaman, Yusof Muhamad, 45, dari Kampung Gemuruh, Tepoh atau lebih sinonim dengan panggilan Lan Kerbau.

Razali atau lebih mesra dengan panggilan Paxli berkata, dia terbabit kerja menangkap kerbau liar ketika berusia 21 tahun melalui pengalaman bersama Yusof yang dianggap seperti bapa kandung.

“Pelbagai pengalaman pahit manis yang pernah ditempuh termasuk diserang dan ditanduk kerbau liar pada rusuk serta kaki kanan ketika di Kampung Durian Mentagau, Dungun pada 2009.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 5:25 AM