SEDIAKAN avokado bersaiz kira-kira sebesar tapak tangan, dua biji pisang berangan dan keledek (dibakar).
SEDIAKAN avokado bersaiz kira-kira sebesar tapak tangan, dua biji pisang berangan dan keledek (dibakar).
POTONG dadu avokado, pisang dan keledek. Kisar semua bahan hingga lumat secara berasingan.
POTONG dadu avokado, pisang dan keledek. Kisar semua bahan hingga lumat secara berasingan.
AKHIR sekali campurkan semua bahan yang dikisar untuk dihidangkan kepada si kecil.
AKHIR sekali campurkan semua bahan yang dikisar untuk dihidangkan kepada si kecil.
Hajahfarhana Tarmudi

Apabila si kecil mula menunjukkan masalah kurang berat badan yang tidak sepadan dengan usia, pastinya ibu mula bimbang dan berusaha mencari resipi terbaik untuk anak mereka.

Usaha membantu menaikkan berat badan si kecil ini bukan saja berdasarkan menu yang diberikan tetapi bahan yang digunakan dalam masakan juga perlu diambil perhatian di samping mendapatkan saranan daripada pakar pemakanan terlebih dulu.

Pastinya, resipi mudah, enak dan menggunakan bahan segar selain tampak menyelerakan boleh dijadikan pilihan ibu untuk memenuhi keperluan nutrien si kecil.

Avokado atau nama saintifik Persea americana misalnya, kaya dengan pelbagai khasiat terutama lemak tidak tepu yang membantu mengekalkan berat badan seimbang selain mempunyai kandungan gula dan garam yang rendah.

Buah ini tinggi kandungan lemak. Malah, 77 peratus kalorinya dalam bentuk lemak, menjadikannya buah paling berlemak yang pernah wujud. Majoriti lemak dalam avokado ialah asid oleik - asid lemak monotaktepu yang juga komponen utama dalam minyak zaitun yang baik untuk kesihatan.

Asid oleik dikaitkan dengan pengurangan keradangan dan bermanfaat ke atas gen berkaitan kanser. Lemak dalam avokado mempunyai rintangan pengoksidaan akibat haba, menjadikan minyak avokado pilihan sihat dan selamat.

Selain mengandungi lemak sihat, avokado juga kaya dengan serat. Serat ialah tumbuhan yang sukar dicerna namun menyumbang kepada penurunan berat, mengurangkan gula dalam darah dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Resipi tambah berat

Bagi ibu yang mempunyai anak dengan masalah kurang berat badan, boleh mencuba resipi bananacado yang dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Baby Eats By Justlixa (BeBJ), Nor Haliza Ghazali.

Resipi mudah lagi berkhasiat untuk menaikkan berat badan ini menggunakan avokado sebagai bahan asas dan dicampur bersama keledek serta pisang untuk memberi keseimbangan rasa lemak dan manis agar si kecil gemar menikmatinya.

Jika tidak mempunyai pisang keledek, boleh gantikan dengan buah manis lain seperti mangga yang masak ranum atau epal dan pear (dikukus) agar perut bayi mudah menghadam makanan.

Resipi ini menu cadangan untuk bayi berusia tujuh bulan ke atas. Kisar secara berasingan untuk setiap bahan sebelum dicampur dan masukkan sedikit air masak, susu ibu atau susu formula ketika mengisar bagi mengelakkan adunan terlalu pekat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 11:55 AM
Digital NSTP Subscribe