Aksi perlawanan antara Flamengo dan San Lorenzo di Maracana. FOTO AFP
Aksi perlawanan antara Flamengo dan San Lorenzo di Maracana. FOTO AFP
AP

Rio de Janeiro: Stadium Maracana dibuka semula sejak ditutup dua bulan lalu selepas diabaikan oleh pemilik dan pihak berkuasa di Rio de Janeiro.

Kelab tempatan Flamengo membayar bil tertunggak sebanyak USD1 juta (RM4.46 juta) untuk membolehkannya membuat penampilan dalam Copa Libertadores dan beraksi di hadapan seramai 70,000 peminat, awal pagi tadi.

Penyokong dan penganjur meraikan kejayaan pembukaan stadium itu semula apabila Flamengo membelasah San Lorenzo dari Argentina 4-0.

Dua minggu lalu pihak janakuasa elektrik Rio menyambung semula bekalan kuasa kepada stadium itu selepas dipotong selama sebulan disebabkan pertikaian terhadap bil yang belum dibayar.

Sepanjang tempoh itu Maracana turut mengalami kerosakan apabila kerusi dicabut, peti televisyen dicuri dan rumput padang tidak terurus dan dipotong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 12:33 PM