MOHAMED Khaled (tiga kiri) dikerumuni media selepas Mesyuarat Persidangan Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar. FOTO Hairul Anuar Rahim
Mary Victoria Dass

 

Iskandar Puteri: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan terhadap seorang Exco berhubung isu penyelewangan hartanah dan perumahan di negeri ini.

Mohamed Khaled berkata, siasatan dijalankan demi mencapai keadilan.

"Saya serah kepada SPRM untuk mendapat keadilan, itu saja komen saya," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Keempat Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-13 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan tindakan SPRM menahan exco kerajaan negeri Johor, 10.56 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah membabitkan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 1:34 PM