Nor Akmar Samudin


Kuala Lumpur: Pelakon Elfira Loy mengakui dia kini rapat dengan penyanyi popular Sufian Suhaimi tetapi menafikan mereka ada hubungan istimewa.

Elfira, 23, ketika dihubungi berkata, dia mula rapat dengan Suhaimi, 25, yang popular dengan lagu Terakhir itu sejak sebulan lalu.

“Tiada apa yang saya nak saya jelaskan mengenai hubungan kami. Sekarang kami berkawan saja dan tak boleh nak cerita lebih-lebih. Pada masa akan datang, saya tak tahu lagi.

“Jika ada sebarang berita saya akan beritahu,” katanya.

Gosip mengatakan Elfira dan Sufian kononnya sedang bercinta mula tular apabila pelakon itu memuat naik gambar dia menyambut hari jadinya di sebuah rumah anak-anak yatim yang turut dihadiri Sufian.

Dalam satu majlis malam tadi, mereka juga kelihatan tampil bersama dan selepas itu Sufian mengadakan kejutan hari jadi Elfira di kafe miliknya di Cheras, di sini, dengan mengundang rakan-rakan Elfira.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2017 @ 6:00 PM