PENUTUP belakang model baru BABY-G papar tandatangan ahli kumpulan Girl’s Generation.
PENUTUP belakang model baru BABY-G papar tandatangan ahli kumpulan Girl’s Generation.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Buat peminat koleksi BABY-G, Casio Sdn Bhd Malaysia baru-baru ini mengumumkan dua tambahan baru kepada koleksinya, jam tangan tahan impak untuk wanita berdasarkan konsep Tough dan Cool.

Menariknya, model edisi terhad itu dicipta menerusi kerjasama dengan kumpulan K-Pop dianggotai lapan wanita, Girl’s Generation.

Dengan muzik kreatif dan fesyen menarik yang bertepatan dengan konsep jenama itu, Girl’s Generation menjadi wajah kempen BABY-G sejak Julai 2012.

Model terbaru itu berdasarkan BGA 230, jam tangan Casio popular wanita yang menyukai rekaan dan fesyen sporty dan lebih berciri maskulin. Emas merah jambu, cincin logam di dalam bingkai serta satu spot pada dail untuk menekankan warna, memberi sedikit keanggunan bagi rupa kasual jam itu.

Warna itu dipilih untuk model baru BABY-G bagi mencerminkan kedudukannya sebagai edisi terhad, inspirasi daripada kumpulan K-Pop terkenal itu.

Penutup belakang setiap model memaparkan tandatangan empat daripada ahli Girl’s Generation, Tiffany, Taeyeon, Seohyun dan Sunny bagi model hitam manakala Yoona, Sooyoung, Yuri dan Hyoyeon bagi model putih.

Setiap jam tangan didatangkan dengan kad kekuda asal menampilkan tandatangan lapan ahli kumpulan bersama pembungkusan khas direka bentuk oleh pengarah filem terkenal dan pereka visual Zong, menjadikan koleksi itu begitu istimewa.

Sementara itu, koleksi jam tangan logam untuk wanita terbaru siri SHEEN edisi terhad turut menampilkan model dengan kerjasama anggota kumpulan Girl’s Generation.

Berdasarkan konsep Elegan, Bijak, Berkilau, model berbaru itu menampilkan tali jam dengan warna terang dan rekaan ringkas menjadikan masa mudah dibaca.

Tali jam merah jambu terang diperbuat daripada kulit tulen dan menampilkan jahitan sebagai gaya bersahaja. Dengan bar ringkas digunakan untuk indeks, empat mata utama dail masing-masing ditandai dengan tiga untai kristal swarovski.

Reka bentuk bergemerlapan jam tangan inspirasi daripada Girl’s Generation itu tampak menawan dan elegan pada jam tangan edisi terhad ini.

Koleksi terbaru itu juga didatangkan dengan kad kekuda tulen menampilkan Yoona, salah seorang ahli kumpulan, dan satu bekas khas dengan tandatangan semua ahli Girl’s Generation yang boleh digunakan untuk menyimpan aksesori seperti cincin.

Kedua-dua model terbaru BABY-G dan SHEEN edisi terhad dengan kerjasama Girl’s Generation itu boleh didapati pada harga runcit RM729.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2017 @ 5:01 AM