SEGMEN portal Harian Metro raih pelayar unik tertinggi 4 bulan berturut-turut.
SEGMEN portal Harian Metro raih pelayar unik tertinggi 4 bulan berturut-turut.
SEGMEN portal Harian Metro raih pelayar unik tertinggi 4 bulan berturut-turut.
SEGMEN portal Harian Metro raih pelayar unik tertinggi 4 bulan berturut-turut.
Mazizul Dani


Kuala Lumpur: Laman web Harian Metro (HM) terus mengungguli portal berita di Malaysia buat bulan keempat berturut-turut apabila meraih pelayar unik (UV) tertinggi dalam kategori berita dan maklumat untuk Januari lalu.

Berdasarkan laporan terbaru dikeluarkan syarikat pengukur digital ComScore Inc, laman berita HM yang boleh dilayari menerusi www.hmetro.com.my mencatat 2.85 juta UV pada Januari 2017.

Prestasi itu konsisten apabila pada Oktober lalu, laman web itu menerima 2.70 juta UV, 3.05 juta (November) dan 2.78 juta (Disember).

Pada Januari lalu, laman yang lebih dikenali sebagai myMetro itu mengatasi pesaingnya dengan kelebihan 51,000 UV.

Sementara itu, myMetro jauh meninggalkan pesaingnya pada Disember 2016 dengan kelebihan 237,000 UV, 158,000 UV (November) dan 95,000 UV (Oktober).

Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjungi laman web menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.

Bagi segmen video HM, MetroTV yang kini mempunyai 90,157 langganan pengguna YouTube.

Jumlah tontonan di laman itu turut mencatatkan peningkatan sejak November, iaitu 2.1 juta tontonan kepada 2.39 juta tontonan pada Disember diikuti 2.96 juta tontonan pada Januari 2017.

Peminat Facebook (FB) myMetro kini mencatatkan lebih 4 juta ‘likes’.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2017 @ 7:41 AM