MUHYIDDIN menyampaikan kepada Syaikh Ismail Muhammad sempena majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 1436H/2015M di Masjid Putra, Putrajaya. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, dikurniakan Anugerah Perdana Maulidur Rasul sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.

Syaikh Ismail membawa pulang RM50,000 tunai, trofi dan sijil penghargaan.

Selain itu, lapan tokoh lain turut terpilih untuk menerima Anugerah Maulidur Rasul.

Mereka ialah Ahli Jawatankuasa Syariyyah (Fatwa) Majlis Hal Ehwal Islam Perak, Datuk Saleh Mad @ Ahmad; Juruacara Bahasa Arab Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Datuk Mahamud Abdul; Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Pensyarah Universiti Malaya yang juga penceramah terkenal Profesor Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Penerima lain termasuk Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kolonel Mohd Sakri Hussin; penceramah bebas yang juga bekas vokalis nasyid kumpulan Raihan, Nazrey Johani; penceramah bebas, Muhammad Abdullah dan atlet paralimpik, Mohd Azlan Mat Lazin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 3:05 PM