IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Empat daripada lapan penuntut Universiti Monash, Sunway, yang sesat ketika menuruni Bukit Kutu, di sini, ditemui awal pagi ini.

Lelaki dan tiga perempuan berusia 20-21 tahun itu tidak tiba di kaki bukit sehingga lewat malam tadi.

Keadaan itu dan memaksa pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Komander Operas Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Rosdi Shafie, berkata sepasukan tujuh anggota ditugaskan untuk operasi itu selepas pihaknya menerima panggilan pada 12.05 tengah malam.

"Lapan penuntut itu dikatakan bergerak turun dalam dua kumpulan namun kumpulan kedua tidak sampai di 'post'.

"Anggota bomba membuat pemeriksaan dan pencarian di sekitar kawasan laluan pendakian pada bahagian laluan darat anggaran jarak empat kilometer.

"Keempat-empat mangsa ditemui pada 2.05 pagi, Ahad, di pertengahan check point satu," katanya.

Beliau berkata, mangsa cedera dan tiba di kaki bukit dalam keadaan selamat pada 3.25 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2017 @ 11:01 AM