Skip this ad x
Shamsul Munir Safini


Nibong Tebal: Mayat pelajar lelaki, 15, yang dilaporkan lemas di Sungai Kerian Jumaat lalu ditemui nelayan jam 8.18 pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi Jumaat lalu itu, mangsa M Philips Damian mandi di sungai berkenaan berseorangan sebelum orang ramai menjumpai beg serta uniform sekolahnya di tebing sungai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, operasi mencari mangsa dilakukan sejak Jumaat lalu sebelum mayatnya dijumpai jam 8.18 pagi tadi.

Beliau berkata, mayat dijumpai di Sungai Tok Tung-Tung, tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan mandi.

Katanya, mayat mangsa telah kembung dan busuk sementara pengecaman mayat dilakukan oleh bapa mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi tujuan bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2017 @ 11:29 AM